
Walaupun popular di skrin besar tetapi keira knightley bukanlah seorang penggemar skrin kecil. Ini terjawab apabila pelakon dan juga model itu mendedahkan beliau tidak memiliki televisyen selama 5 tahun.. Pelakon berusia 27 tahun itu juga menjelaskan beliau akan pergi ke pub jika mahu menonton satu perlawanan yang besar.. Antara sebab beliau tidak mempunyai televisyen adalah beliau tidak suka & tidak berminat dengan apa yang terkandung dalamnya.
Walaupun terdapat beberapa drama TV yang menarik, dokumentari, dan bola sepak yang disukainya, Namun beliau sememangnya tidak berminat dengan rancangan reality television, home improvement, game shows dan bebanan iklan yang disiarkan. Menurut keira knightley lagi, beliau masih
menonton filem di rumah, tetapi dengan menggunakan pemain DVD & Projektor.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.